Tuesday, May 31, 2011

Macam - Macam Rasa....

Sejak akhir - akhir ni, macam - macam dugaan yang menguji dan menusuk jiwa. Ada je perkara - perkara yang menyakiti dan mengguris jiwa. Orang kata banyak mana kita menyakiti hati orang, banyak tu lah hati kita di sakiti. ye kerrrrr....apa yang penting aku perlu muhasabah diri. Mana kelemahan baiki kekurangan. Nama pun manusia kan. tak lepas dari melakukan kesilapan. Yang menyedihkan bila ada orang yang tak dapat menerima kekurangan dan kelemahan diri ini. Berdiam diri dan bermasam muka bukan cara yang terbaik bagi aku. aku lebih rela dimarahi dan menerima kemaafan dari aku. Aku tak suka berpanjangan memendam rasa menyengkam jiwa...rasa ketidak puasan hati memang takkan terpadam selagi tidak diluahkan. mungkin ini berlanjutan dan akan menjadi parah. aku manusia yang sensitif dengan segala perubahan. baik perubahan memek muka, tindakan dan perlakuan. namun, aku mudah menerima teguran...marah pun tak perrr...... Yang paling aku alergic sekali bila depan semua ok...semua tak pe...tapi belakang aku la kurang ajar...tak profesional ntah apa2 lagi ntah. Aku boleh bersahabat dengan orng yang jujur menegur demi kebaikan. Tapi aku seram bersahabat dengan orang yang menikam dari belakang...
   Ya Allah...kau jauhkan lah aku dari menyimpan rasa kebencian sesama insan. Memang benar, kebencian akan membuatkan aku lagi sakit hati. Beri lah aku ruang untuk muhasabah diri aku. Berilah aku peluang memperbaiki segala kekhilafan diri.
" JANGAN MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN APABILA KITA DIDALAM KEADAAN MARAH ATAU KECEWA KERANA IANYA BAKAL MENJADIKAN SESUATU ITU LEBIH BURUK "

Wednesday, February 2, 2011

AKU...2011

2011 yang penuh cabaran. Pada awalnya aku agak xcited dengan tugas - tugas aku sebagai guru bimbingan & kaunseling di sekolah. Tapi bila dang ngadap perancangan yang aku buat...aku mula jadi blur. Dari mana aku nk mula ni ek...
Alhamdullillah....aku dapat lakukan sedikit demi sedikit. Itu pun mujur ada seorang lagi guru bimbingan & kaunseling. Terlaksana juga tugas - tugas yang sepatutnya aku buat tahun lepas...sekurang-kurangnya..bila ada org jabatan or pejabat pelajaran datang...tak la seram sejuk. Pengurusan dah ok walaupun tak la sempurna 100 peratus. Sekarang bab bidang plak..dulu ada satu kepala...semua aku sorang yg buat. Tp bila ada 2 kepala...aku kena agihkan. supaya x da anasir2 yang buat 2 kepala ni terhantuk plak. Kalau kak ina baca ni....'kak saya cadangkan akak handle bidang akademik, n saya handle bahagian sahsiah n ko- kurikulum ek..' baru senang sy rasa...( settle dah bab keje aku ).
 Aku sangat2 berharap...aku ikhlas dalam bekerja,ikhlas dalam hubungan dengan kawan - kawan...tapi jgn ada yang ambil kesempatan. Setiap org dah diagihkan tugasan masing2 mengikut kepercayaan pentadbir terhadap kebolehan kita. Jadi bersama - samalah kita bekerja keras, supaya kita x dipersoalkan nnt rezeki yang kita salurkan pada keluarga. x kira cikgu ke, doktor ke, peguam ke, tukang sapu ke....rezeki kita tu telah di tetapkan oleh NYA. Ikhlas dalam perbuatan, mesti hati akan tenang. Kalau kita asyik nk memburukkan org.... x guna. Orang dah ke bulan....segolongan manusia masih sibuk menceritakan keaiban org. Cuba tgk jari anda, satu di tujukan pada orang, 4 lagi tu tuju pada siapa?????....Renung2kan.
 Apa yang aku doakan, semoga aku diberi kekuatan utk terus bekerja dengan ikhlas, menjadi wanita yang tabah dalam kerjaya dan rumahtangga. Cita - cita aku masih jauh untuk aku kecapi. Berilah kasih sayang seadanya utk aku terus menggenggami impian ku...aku perlu kamu..suami, anak2, mak, ayah, adik2 dan kawan2.

Tuesday, September 7, 2010

TERIMA KASIH..TEMAN

Selamat pagi semua.....Di kesempatan ini, saya ( yang cute kata atas ) memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan, kesilapan terkasar bahasa tutur bicara. Kepada semua teman tersayang...nilai lah diri saya dari pandangan dan akal kengkawan. Jangan menilai saya dari pandangan orang lain atau cerita2 org. Saya x tau siapa suka, siapa x suka saya...yang pasti saya sayang kawan2 saya.
 Saya adalah manusia biasa..bukan malaikat..bukan nabi...saya x lepas dari buat silap..x lepas dari kecuaian. Tapi saya tak mahu terus melakukan kesilapan..terima kasih kerana ada yang ikhlas dan jujur dengan persahabatan..saling tegur menegur, nasihat menasihati. Islam melarang keras umatnya bermasam muka, memutuskan silaturrahim. BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH...manalah tau hari ini kita punya sahabat..esok lusa dijemput pulang pasti kita merinduinya. Hargailah sahabat anda....
          
En. Daniel my GPK HEM , Sashikala my best friend, Devan, Wan Harman, Shairol, Zaini..
( gambar ni di edit...waktu ni ada motivasi murid moral )










Yatimah...dia ni jujur bila bercakap. Suka cakap suka, x suka cakap x suka, x puas hati cakap terus terang....my dearest sis...





Itu sebahagian dari sahabat saya. Maaf kalau yang saya x post gambar, bukan sebab x suka korang, masalahnya gambar x da...kalau ada nnt saya edit post kat blog ni. Saya ni x ramai best friend. Tapi pada insan2 yang selalu saya share problem, suka duka, outing sama2, thanx a lot...u're my best friend forever. Saya suka berkawan...tp tak kan saya nk jumpa sorang2...kawan la dengan saya..jadilah best friend saya...persahabatan yang sejati bukan boleh terbina hanya seminggu dua...kadang2 mengambil masa setahun dua...sejauh mana sahabat itu benar2 jujur dalam persahabatan. Macam kawan saya CT Suraya, Intan, Nieza, ( kawan zaman sekolah ) dan ramai lagi...( jangan kecil hati kalau tak type nama...ramai sangat ) terima kasih kerada add n jumpa kat fb. Sayang korang....ingat gak kat budak yang pendiam n pemalu ni..( he he he terima la kenyataan ek...)
 My dearest exmate MPRM, Yani...I luv You Very Much sis...miss u...dia ni plak mcm saya punya diari la. Sampi sekarang, apa saja masalah atau perkara2 yang happy saya share dia. Kalau jumpa kat chatting...hmmmberbual tak hingat..macam sembang dalam bilik..ada je..sampi terpk bila nk stop ni....semua nk distorykan dalam satu masa. Caya lah mate..!
Tak tahu macam mana nk bagi tau saya sayang korang sume...saya sentiasa doakan korang bahagia selama lamanya.....
       

Mood Raya weh!!!

Curi masa sikit....fuh! Cuti bukannya lama, tapi apasal bag banyak ngat nk bawa blik kg ni...nak kata banyak baju raya, 4 helai baju baru belum siap lg...ada 2 helai jer baju raya cek!! tu pun sib baik mak cek antaqkan. Kalau dak...hmmm( kawan2 sekolah dah dapat agak..).
Tahun ni giliran cek balik kg cek...Ipoh..Yabedabeduuuuu!!! Bukan apa, cek dah lama tak balik kg. Ntah2 jalan kat ipoh tu pun cek x berapa ingat dah.
Rindu cek tak terhingga kat opah cek...tahun ni dia raya tanpa atuk cek... Hujung tahun lepas cek dah tak dak tuk. ( Sedih la plak.....sebaknya..) korang layan la ek... Cek sayang giler kat tuk. Dulu time cuti2, cek mmg balik tidoq ngan tuk. Picit tuk..tp bila dah kawin ni....setahun 2 - 3 kali jer cek balik...last cek balik ...Tuk dah tak da. Cek duk sebelah jenazah. Ikutkan hati cek..nak nangis, peluk sekujur tubuh tuk sekuat hati...tapi malu kat ank cek. Lagipun tak baik. Sejak dari peristiwa tu...tambah la satu doa cek pas solat..semoga tuk dirahmati disisiNya...al fatihah utk tuk setiap solat cek.
Cek sedih tul....tu baru tuk. Kalau mak pak cek.....Ya Allah, Kau panjangkan usia mak pak cek...cek belum cukup rasai kasih sayang dari mereka.
Esok nk balik Ipoh, first kalau boleh nak singgah umah opah sat...pas tu baru balik umah cek...insyaallah kalau x da aral.. Banyak agenda cek tahun ni. Nak pi raya umah kengkawan sekolah cek yang dok bising2 kat fb cek...maklumlah, cek ja mcm org lupa kan kg...( kata diorang )..pas tu cek buat open house...mak cek la masak...
Cek harap apa yang cek rancangkan sume dimakbulkan, dilancarkan...cek jugak harap best friends cek dapat dtg ke kg cek...bawa family diaorg. Yang di KL dan sorang kat Teluk Intan tu...harap mai la na....
Apa yang penting, perjalanan cek sok lancar..selamat sampai ke kg...Jumpa lg bila dah sampai kg..
Bye!!

SALAM SAYANG...dari sayang..

Assalamualaikum...buat semua yang disayangi...keluarga dan teman2. Yang dekat, yang jauh, yang selalu n hari hari jumpa, yang dah lama tak jumpa...yang dulu kawan sekarang dah tak kawan ( ada ke...?? ) x baik...semua yang mengenali...salam sayang untuk kalian.
Blog ni baru je zue buat..bkn apa tempat untuk berkongsi cerita...suka duka sedih gembira atau story giler2 n gempak2. Bukan utk tensionkan kepala otak, just untuk release kan kekusutan...longgarkan yang serabut2, kita share kat sini...
Zue bukannya artis banyak benda nk di story kan...tapi jika kengkawan nk share sesuatu...ZURIEsphere adalah tempatnya....
Join me ya!
Salam sayang....