Tuesday, May 31, 2011

Macam - Macam Rasa....

Sejak akhir - akhir ni, macam - macam dugaan yang menguji dan menusuk jiwa. Ada je perkara - perkara yang menyakiti dan mengguris jiwa. Orang kata banyak mana kita menyakiti hati orang, banyak tu lah hati kita di sakiti. ye kerrrrr....apa yang penting aku perlu muhasabah diri. Mana kelemahan baiki kekurangan. Nama pun manusia kan. tak lepas dari melakukan kesilapan. Yang menyedihkan bila ada orang yang tak dapat menerima kekurangan dan kelemahan diri ini. Berdiam diri dan bermasam muka bukan cara yang terbaik bagi aku. aku lebih rela dimarahi dan menerima kemaafan dari aku. Aku tak suka berpanjangan memendam rasa menyengkam jiwa...rasa ketidak puasan hati memang takkan terpadam selagi tidak diluahkan. mungkin ini berlanjutan dan akan menjadi parah. aku manusia yang sensitif dengan segala perubahan. baik perubahan memek muka, tindakan dan perlakuan. namun, aku mudah menerima teguran...marah pun tak perrr...... Yang paling aku alergic sekali bila depan semua ok...semua tak pe...tapi belakang aku la kurang ajar...tak profesional ntah apa2 lagi ntah. Aku boleh bersahabat dengan orng yang jujur menegur demi kebaikan. Tapi aku seram bersahabat dengan orang yang menikam dari belakang...
   Ya Allah...kau jauhkan lah aku dari menyimpan rasa kebencian sesama insan. Memang benar, kebencian akan membuatkan aku lagi sakit hati. Beri lah aku ruang untuk muhasabah diri aku. Berilah aku peluang memperbaiki segala kekhilafan diri.
" JANGAN MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN APABILA KITA DIDALAM KEADAAN MARAH ATAU KECEWA KERANA IANYA BAKAL MENJADIKAN SESUATU ITU LEBIH BURUK "

Wednesday, February 2, 2011

AKU...2011

2011 yang penuh cabaran. Pada awalnya aku agak xcited dengan tugas - tugas aku sebagai guru bimbingan & kaunseling di sekolah. Tapi bila dang ngadap perancangan yang aku buat...aku mula jadi blur. Dari mana aku nk mula ni ek...
Alhamdullillah....aku dapat lakukan sedikit demi sedikit. Itu pun mujur ada seorang lagi guru bimbingan & kaunseling. Terlaksana juga tugas - tugas yang sepatutnya aku buat tahun lepas...sekurang-kurangnya..bila ada org jabatan or pejabat pelajaran datang...tak la seram sejuk. Pengurusan dah ok walaupun tak la sempurna 100 peratus. Sekarang bab bidang plak..dulu ada satu kepala...semua aku sorang yg buat. Tp bila ada 2 kepala...aku kena agihkan. supaya x da anasir2 yang buat 2 kepala ni terhantuk plak. Kalau kak ina baca ni....'kak saya cadangkan akak handle bidang akademik, n saya handle bahagian sahsiah n ko- kurikulum ek..' baru senang sy rasa...( settle dah bab keje aku ).
 Aku sangat2 berharap...aku ikhlas dalam bekerja,ikhlas dalam hubungan dengan kawan - kawan...tapi jgn ada yang ambil kesempatan. Setiap org dah diagihkan tugasan masing2 mengikut kepercayaan pentadbir terhadap kebolehan kita. Jadi bersama - samalah kita bekerja keras, supaya kita x dipersoalkan nnt rezeki yang kita salurkan pada keluarga. x kira cikgu ke, doktor ke, peguam ke, tukang sapu ke....rezeki kita tu telah di tetapkan oleh NYA. Ikhlas dalam perbuatan, mesti hati akan tenang. Kalau kita asyik nk memburukkan org.... x guna. Orang dah ke bulan....segolongan manusia masih sibuk menceritakan keaiban org. Cuba tgk jari anda, satu di tujukan pada orang, 4 lagi tu tuju pada siapa?????....Renung2kan.
 Apa yang aku doakan, semoga aku diberi kekuatan utk terus bekerja dengan ikhlas, menjadi wanita yang tabah dalam kerjaya dan rumahtangga. Cita - cita aku masih jauh untuk aku kecapi. Berilah kasih sayang seadanya utk aku terus menggenggami impian ku...aku perlu kamu..suami, anak2, mak, ayah, adik2 dan kawan2.